Wednesday, February 3, 2010

Test track Janjikayuh

Assalamualaikum...kepada semua MTB riders. Sori la aku lambat post gambar dalam blog kita bukan apa lepas kayuh ari tu bila sampai umah, anak aku penat (asma) terpaksa la bawa p sepital Bagan Specialist. Tu yang sibuk sikit tu...lepas 3 hari baru anak dah ok alhamdulliallah...Ok kita berbalik kepada cite p test track janjikayuh ari tu, cuma dapat kumpulkan 8 orang je rider kira ok la juga yg lain semuanya adahal lain balik kampung la, kerja la, kenduri la tapi yang paling boring sekali bila Pon Hawkmtb kata nak p tangkap gambaq umah kenduri kat Kuala Kangsar...jual je la bestkal tu sure sibuknye lepas ni jadi photograper la pulak. Kami janjikayuhmtb tu rasa di hati perut teringit la juga nak organise mini jamboree dalam jarak 30km - 35km...secara kecil-kecilan je. Oooo ya sebelum aku terlupa geng janjikayuh dapat member baru la....nama dia SHAM LAKSA. Disebabkan ari tu aku terlalu asyik dok layan track janjikayuh sampai aku terlupa nak tangkap gambaq untuk blog kite...kita layan aje la gambaq apa yang ada
track yang belum diterokai lagi...downhill
Letih kayuh...kalau nak berkelah p pantai road la bro
Usia bukan penghalang ...janjikayuh...
Ah Toi, JJ Hawkmtb dan Remy Pawanarider pun turut serta. Apa macam track kami ok dak bro?
Track tamat kat sini la, lepas tu terus kona pi minum
Masa berehat sebentar kita minum dulu...

Monday, January 25, 2010

Senarai Ahli Janjikayuh

Salam,

Sebelum tu nak minta maaf kalau senarai member yang dipaparkan disebelah serta motto nya tidak menyenangi. Saja suka-suka kalau ada masalah bagi tau kita boleh tukar. Bagi yang belum tersenarai tu juga minta maaf sebab tak ada dalam koleksi saya kalau ada pun gambar terlampau kecil, kalau di zoom tak nampak jelas. Kita akan poskan untuk kayuhan akan datang.
Sekian.

mizimind

Sunday, January 24, 2010

Bukit Langkap!!! Geng Janjikayuhmtb mai...

Assalammulaikum...Ahad 24/01/2010 jam 7.30 pagi, Taman Ara Indah Permatang Pasir. Alhamdulliallah sehari lagi kita telah di beri peluang untuk melihat dan menikmati keindahaan alam ciptaan Yang Maha Esa. 'Ah alangkah bagusnya jika hari ini aku dapat jejakkan kaki aku ke Bukit Langkap...sudah lama aku tidak melihat ketenangan dan keindahhan alam semulajadi dan kehijauan hutan2 yang dikurniakan kepada kita. Bertuah sungguh kita setiap pagi kita tidak terdengar bunyi letupan atau tembakan...sepertimana yang dilalui oleh suadara2 kita di Palestin, Afganistan dan negara islam yang sedang diserang tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan oleh orang2 yang tidak cintakan keamanan dan kesejahteraan. Lebih kurang 10 orang rider dapat dikumpulkan pagi ni..kira ok la tu. Tepat pukul 8.00 pagi kami pun bergerak ke Bukit Langkap (cuma aku dan Abg Mat saja yang tahu arah tuju kami hari ini) misi ini dirahsiakan !!!! takut depa tak mau p nanti...bermula episod hari ini. Sila layan gambar2 yang telah diambil untuk tontonan kepada mereka2 yang chicken....hehehe
Yang dapat dikumpulkan pagi ni !!! yang lain semuanye kerje
Termenung ke bro mizi...ari ni court tutup
Mula2 pegang lepas tu rasa nak beli la pulak...sorry aku tak makan pujuk hangpa semua. Aku lagi suka jadi 'hang kebun'
Ambil udara pagi kat Permatang Pasir
Langkap janjikayuhmtb dok mai ni...
Sekejap ade..sekejap tak ade...
Tu...dia Bukit Langkap !!!
Kat parking restoran bunga kertas, mengkuang
2nd time bro mizi kayuh naik bukit langkap...go! go ! bro mizi
Aku, abg Mat, Aiman dan Ah Toi tengah tunggu yang lain sampai....
Hai semangat nampak!!! mentang2 la wife ikut. Jgn kasi malu orang kampung permatang ara...
Jangan risau kak ari ni bro mie kata 'tak payah masak'...
Terima kasih abg Mat kerana tolong tolak kat saya...nanti saya belanja minum ok !!!
Gaya mesti mau ada
Jiwa dan badan sama 'besar' !!!
Gerek aku..
Kuat mamat2 ni !!!
Aku tak kira janjikayuh....
Beri laluan....
Satu2nya rider wanita janjikayuhmtb...tak pa kak nanti kita p kempen kat makcik2 satu taman suruh depa pun kayuh juga !!! Kayuh lagi baik daripada dok mengumpat ye tak !!!
Seksa climbing dah habis !! lepas ni layan downhill la pulak
Slumber je bro....
Aku pun boleh juga !!! jaga2 nanti hang langgaq pokok getah pulak...
Tepi2 aku nak turun ni....
Kemahuan mengatasi segalanya !!! caya la wa suspect sama lu...hehehe
downhill lagi !!!
lagi...
dan lagiiiiii...
Rider dua secoli opsss silap sejoli...bro mie pawana dgn wife jgn marah ye !!!!
Downhill....best
Kepuasan terpancar di muka depa semua !!!
Dah nak keluaq ni !!!
JJ hawkmtb...dah khatam dengan track ni !!!
Downhill best gile tu...layannnnnn
Lepak kat Kubang Ulu...pekena ayaq sat !!!
hai nak minum ka..nak mandi ni bro!!! suka hati la janji happy
On the way balik...misi tawan bukit langkap berjaya!!! caya lah geng janjikayuhmtb... apa jadi sekali pun kayuh tetap kayuh
Hai bro Ad perut dah kenyang...laju nampak. Tadi nampak masam nak pitam je !!!!

Monday, January 18, 2010

Jantung Sihat Sepanjang Hayat

Salam Semua,

Sorrylah tulisan ini mengganggu gambar-gambar hampa semua..

Alhamdulillah kita telah berjaya menambah ahli baru melebihi 10 orang. Yang bagusnya otai seperti Azli Azmi dan Fendi Ali yang dulunya macam gantung basikal dah kembali meramaikan jamaah kita.

Abg Nan kita juga dah luangkan masa sebelah pagi agar tiada kenderaan yang datang untuk di pomen. Kesian kat orang yang pomen tu..tapi tak pa ada alternatif....Wak. Kalau Wak pun kayuh..jenuh.

Kenapa semua mengambil langkah yang bijak ini ? Jawapannya lihatlah fakta di bawah ini :

Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular (jantung le tu). Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan.

Sebab apa jadi begini ?

1. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat yang tinggi.
2. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin seperti loyer, kerja bank, syarikat insuran dsbnya.
3. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.Ini tak nak komen sebab ada sebahagian pendapat ulama kata makruh (boleh lagi sebab tak haram).

Oleh yang demikian sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Pagi Ahad bangunlah awal...sebab pukul 7.30 dah nak kayuh. Jangan terbabas sampai pukul 8.00 kawan tunggu lama.....

Akhir kata marilah sama-sama kita berkayuh, sehingga keluar peluh jantan..

Sebenarnya aku testing tulis je..


mizimind.blogspot.com

Sunday, January 17, 2010

Kayuhan redah je...

Assalamualaikum...17/01/2010 jam 7.30 pagi, Taman Ara Indah Permatang Pasir. Cuaca pagi ni sangat cantik dan nyaman. Tiba2 kemera aku buat hal pulak tak dak beteri..tak dak gambaq mana best...terpaksa la guna h/phone untuk tangkap gambaq. Kehadiran lebih kurang 16 orang kot (tolak fauzi, mie pawana and wife dan pon hawkmtb yg tengah tidoq sebab letih kemarin kayuh road ikut program kayuhan amal IPD SPU)...ari ni otai kita abg mat kota akan lead kayuhan ni. dia kata nak bawa kami semua ke track offroad bukit indra muda. Jom kita layan gambaq yang telah diambil. zasssssssss
Bila nak mula ni...tak sabaq dah ni...1,2,3 go
Alamak!!! bukit lagi..kalau tau kami tak ikut. Mampus kita x ni. Tapi pasai nak jaga macho ku sanggup redah jua demi untuk mu MTB....
Menujuk check point kubur cina
Check point...
Kubur cina...
Kat kandang kambing Puncak Mutiara...semua member tahan nafas..ada bau sikit
Bro lan BMC...posing habis
pastikan brek makan tau..sebab lepas ni nak layan downhill
downhill...teringat kat pon hawkmtb
Menujuk puncak...AF (aku frust...)
nice view
Esok kuat hang kayuh tau...
Akan kami terokai nanti.....tungguuuuuuu
Abg Mat sedang memberi arahan...baik boss i follow u
Penat ye bang....
Bro dzul pakai tayar road bike masuk hutan...hentam saja la janji kayuh
Singgah minum kat Kg Terus
Ulat paper rupanya bro mizi ni
Hoi...apa tunggu lagi jom balik la
Cayalah abg nan
Abg Mat Kota...otai ni
Onroad...masing2 perut dah lapaq ni
Kona masuk last check point...taman ara indah
Ni dia gerek baru abg nan laksa...1st time kayuh ni kira ok la tu janji chek mau kayuh saja...
Member baru nama bro ni apa tah...lupa tanya la...tak lain x kita tanya ok bro
Lega rasanya...itu la kot yang bro fendi nak katakan
kayuhan tamat kat sini...lepas dok lepak sambil sembang2 kosong
 
Copyright© Janji Kayuh MTB Team